Adakalanya kita perlu
berahsia
Adakalanya ada waktu perlu bersuara
Adakalanya lebih baik diam sahaja
Adakalanya senyum tanpa berkata
Biar nampak biasa
Biar orang pandang sebelah mata
Biar lidah mereka bercabang dua
Biar selagi mana mereka mampu berkata
Asal jangan kita seperti mereka
Asal jangan kita bertindak serupa
Asal jangan kita jatuhkan maruah kita
Asal jangan kita lemah berputus asa
Kerana kita percaya siapa diri kita
Kerana kita tahu halatuju dan jalan hidup kita
Kerana hanya kita mampu mengubah nasib kita
Kerana kita yakin Allah bersama hamba-Nya yang berusaha
Sampai masa orang mengata sampai tak terkata
Sampai masa minda negatif mereka sampai penghujungnya
Sampai masa hati dan mata mereka kan terbuka sampai tak terukur luasnya
Sampai masa mereka juga kan sedar kita tak seperti yang disangka
Tentang kita milik-Nya
Tentang kita anugerah-Nya
Tentang kita rahsia-Nya
Tentang kita hikmah-Nya
dan
Tentang kita DIA tentukannya...
~ Kun Fayakun ~
beeya zeeda

December 19, 2011 4:01am
Tiada ulasan:
Catat Ulasan